Tuesday 16 August 2016

E Day ~ 28 Nov 2015 ~



Assalammualikum...


Lama benor rasenya tak update blog ni seperti yg di janjikan sebelum2 ni..
sy agak sebuk dgn mcm2 hal..hahaha.. sebuk ker??

OK la..entry kali ni nak share hari bahagia sy..hari pertunang sy dan dia..hari mengikat janji atau org kata kira booking dlu sblm org lain caras..hahaha..

Jom kome layan gambar2..biarlah gambar berbicara..huhuhu

Bonda ku..

Credit to Pelangi Picture

Out Door

Sis In Law n Uwais

Perbincangan antara dua keluarga.. Kita nego sampai jadik..hahaha ~

Yeaayy cincin tersarung di jari manisku..

Sekitar majlis

Sekitar Majlis

With family En.Tunang

Sarung Cincin kt dia lak..

auuww..huhuh


Alhamdulilah..majlis berjln dengan lancar.. Ada byk gambar lagi nak share tp mcm tak sempat pula..
hahaha..
next entry mybe???
tgk lu laa..hahah..
ok papaii...


Monday 14 March 2016

Happy Birthday En.Tunang Cinta Hati Beta...

Assalammualaikum...


Sannah Helwah Abi...

13/03/2016 ritu ialah besday En.Tunang saya...
Alhamdulilah..genap 23 tahun.. huhuhu..
Semoga Panjang umur..
Murah rezeki..
dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT..
Amin..

Bercita-cita nak pergi KL sambut besday dia..
tapi last minute company cakap nk hantar pi class..maka class pertama saya
bermula pada 12/3... terbantut smua plan.. huh!



Kesian abi saya... tapi tak pe la.. next year InsyaALLAH kita sambut berdua sebagai suami isteri.. Amin... hehehe..

Jom layan gambar besday boy di raikan di opis dia. huhuhu

Budak Empat Segi

RINDU....


Happy Birthday Abi...

~Tak Pernah Tak Sayang~




Thursday 10 March 2016

Sorry Seems To Be The Hardest Word

Assalammualikum...


OK.. harini skip lunch..xtau nk pi mana.. maka dok di opis saja laa...
sambil2 dapat idea lak nk mengomel..hehehe..


SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

Perkataan "SORRY" or "MAAF" mmg terlalu sukar nk ckap
tambah2 bila ego mengusai diri.. Dan saya antara makhluk yg EGO saya mengaku.. huhuhu
tapi dah tua2 dah..dah status pn berubah apakata kita turunkan sikit ego.. Mintak Maaf jika melakukan kesilapan or terlepas cakap..


Tak kisah la nk ego melangit mcm mana pn..sy kalau stakat kapel2 yg xde arah tuju ni sy tak bpe kisah sgt nk ego or xnk say sorry or tak pandai pujuk..sebab kapel je pun kn..
Tapi bg kes yg dah bertunang ni..yg nk menuju ke alam perkahwinan..
Soalan saya.. Rasional kah kalau nk ego? Tak nak mintak maaf? Tak pandai pujuk? walau sendri sedar salah siapa?? Rasional kah?

Bagi sy mmg tak rasional.. Sebab dalam tempoh tunang ni la nk buat persiapan diri sebelum menuju alam perkahwinan..Pernikah bukan semata CINTA,SAYANG.RINDU...
tapi give and take..apa saja kekurangan dan kelebihan pasangan.. Perlu ker nak ego??
patut ker bila salah tapi tak mau Mintak Maaf? Susah ker nak cakap?
bukan tuk sapa kan..tuk Bakal Bini kau jugak.. Hahaha..


Seeloknya.. dalam tempoh bertunang ni ubah la apa yg patut..sebab kahwin bukan untuk 2,3 tahun,
kalau belum ready nk korban kn smua rasa.. saya rasa baik tangguhkan niat tu.. Blaja la mintak maaf bila buat salah.. pujuk bila pasangan merajuk.. tak susah mna pun..Jangan tggu lepas khwin bru nk brubah..tkot tak menjadi lak..sebab apa? sebab dah terbiasa mcm ni sebelum nikah..
Memang ada org ckp..tak payah nk hormat tunang.. Tunang je bkn jadi suami.. tapi mereka tak sedar..bila dah terbiasa mcm tu sebelum kahwin..maka apa beza selepas kahwin??


Saya mengharapkan perkahwinan sekali jer tuk seumur hidup saya..
saya nak jadi yg terbaik buat bakal suami..dan sy pn mengharapkan bakal suami sy sanggup buat yg terbaik tuk masa depan dunia n akhirat. InsyaAllah.. dgn izin Allah..
dan kalau dah tertulis di Luh Mahfuz awak adalah jodoh saya,bakal imam saya,babah kepada zuriat saya,pelindung saya dan pemilik Syurga saya.. Saya akan jadi Bidadari Syurga awak.. Aminn...

Monday 7 March 2016

Zuriat bukan 100% jaminan kebahagian dunia dan akhirat ~ Noted to my self







Lihatlah dunia..
Walaupun anak itu lahirnya dari rahim perempuan, tak semestinya dia wajib melahirkan. Anak ni semua kurniaan Tuhan buat kita. Nikah tak semestinya terus mengandung. Kalau dah tak ada janganlah sampai berpisah ikatan..kesian isteri tertekan untuk melahirkan
Mungkin ego si suami rasa tercabar, seolah² dia tu lelaki tak berguna. Kawan² pun main peranan juga, janganlah laju sangat mulut tu nak bertanya. Eh ko nape tkde anak lagi? Tak power la. Tak hebat la. Bukankah yang Maha Berkuasa itu Allah? Kalau DIA tk mahu mmberi itu kerna DIA tak mahu beri, itu kehendak dan kuasaNya.
Kita siapa nak cabar manusia sana sini. org sekeliling mmg akan terus bertanya. Umpama anak itu sumber bahagia paling utama. Mmg anak penyeri rumahtangga namun berapa juta pasangan yang masih jua bercerai sungguh anak sudah berderet jumlahnya.
Masih nak kata anak itu punca bahagia? Allahurabbi. Yang beri bahagia itu Allah swt. Bukan manusia, bukan sape². Hanya Allah blh beri bahagia. Jika benar anak itu jaminan cinta kekal sampai ke Syurga, kenapa masih ada yang setia ke hujung nyawa walau tiada zuriat bersama?
Anak ini adalah ujian buat pasangan jua. Yang ada anak mampukah mendidik mereka melaksanakan perintahNya. Yang takde anak mampukah bersabar dengan penantian yang lama? Ini semua bahagian masing².
Ada anak kadang tak patuh perintah agama kelak menyusahkan kita di alam sana. Anak ini bkn sekadar darah daging sahaja. Anak barangkali blh jd anak angkat, anak saudara atau anak yatim yang kita perlihara tetap mendapat bahagian sedekah amal jariah buat kita.
Bagi yang blm punya anak bersabarlah. Allah nak tunjuk kekuasaanNya. Sengaja nak beritahu kita, redha itu sifat hamba yg bertaqwa. Sengaja nak tunjuk pada kita, yang punya kuasa mutlak adalah DIA sahaja.
Kita hanya perlu minta dan bersabar. Dia akan beri jika tdk di dunia kelak di akhirat sana dan lebih bahagia dri kehidupan yang pernah kita lalui.
Bagi yang blm punya zuriat, inilah peluang habiskan waktu bersama, beribadah bersama tanpa dignggu fokus menjaga bayi yang masih kecil. Jika ada, kita laksanakan tanggungjawab kita. Jika tiada, kita teruskan mengabdikan diri padaNya. Sedarlah Allah mahu kita lebih mesra dalam rmhtangga dan lbh sabar menempuhi ujianNya.
Bagi yang selalu bertanya, kami pun selalu berharap kepada Allah swt. Dah biasa dengan pertanyaan "bila nak ada anak ni?". Kami dah biasa dengan menjawab " InshaaAllah". Kami dah biasa dengan sindiran "tak suburlah". Kami dah biasa menjawab " Alhamdulillah, rezeki tetap pemberian Allah".
Tak apa, kami belajar redha walau rakan yang lain semua dah menimang cahaya mata. Bukankah sifat sabar itu mengajar erti seorang hamba? Soalan manusia adalah soalan biasa. Tuhan sebenarnya beri lebih banyak nikmat yang tak terduga dan tak terbalas oleh kita.
Kadang kata² bukan sekadar menyedapkan hati sahaja. Tapi mmg kebenarannya tiada nikmat yang mesti didustakan. Kurniaan Allah swt bkn hanya anak sahaja. Banyak lagi rezeki yang kami dapatkan yang barangkali mrk yg punya anak lansung tak berpeluang merasakan. Allah Maha Adil
Bertabahlah hati yang menanti kehadiran zuriat sendiri. Ini mmg kehendak manusia namun bg Allah sgt besar hikmah yang tersedia buat hmbaNya yang benar bertaqwa. Jangan kerana anak, kita mensia²kan pasangan hidup kita. Kelak nnt Allah tarik nikmat yang lain pula bagaimana.
Bersyukurlah apa adanya. Dan berusahalah setakat yang terdaya. Dan memintalah terus kepadaNya kerna tiada permintaan yang akan kembali dengan sia².
Wallahualam.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azabku sangat pedih”(TQS. Ibrohim:7)
Gambar : Sumber FB
Kredit : Sufiyyah Ramadhani

Thursday 25 February 2016

Rombongan Merisik

Assalammualaikum...


16th August 2015


Alhamdulilah..thanks to Allah..
majlis merisik berjalan lancar.. Sebenarnya tak plan pun nk merisik bagai..
tp my mom nak jugak..katanye ni la masanye nk kenai2 mak ayah and adik beradik dia..
Majlis ni simple jer..sebab mengejut jer si dia tbe2 nk dtg..dan dia inform sy sehari sebelum nk mai..
mau tak kelam kabut..plan raya haji nk mai merisik..

Nak jadikn cerita..hari jumaat dia blek Taiping.. sabtu dia turun Ipoh nk cari cincin merisik..
sebenarnye tak ada cincin pun tak apa...tp si dia nk jugak bg..alololo so sweet sgt la awk ni..
jadi bermula la misi mencari cincin.. bwk my mom skali..
cari2..pilih2.. akhirnye jumpa yg berkenan.. huhuh..





















Cincin Merisik


Bonda n Bakal Bonda

Dia..dia..dia...

Maka dengan ini..berakhirla episode merisik.. heheh..
Alhamdulilah. nntkn episode bertunang yer...




Wednesday 24 February 2016

Berhari Raya Bersama Dia ~ 2015

Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya 2015...

Ni kisah sambungan drama AKASIA yg tergantung dari tahun lepas..
selesai misi mencari baju raya maka beraya lah kita

OK tahun 2015 ni special sikit..sebab dah ada calon suami..hahah..
set date kami nk jumpa masing2 punya family..hikhikhik..
Maka bermula la episode yg mendebarkan..
dia dtg dulu rumah sy..masa tu semua adik bradik ada kecuali abg kedua sy..dia pergi khuruj dia India selama 4bulan.. Masing2 dah standby nk terkam Inteview dia..
maklumla..sy anak bongsu.. dan ni kali ke 2 bwk calon jumpa family..
so mereka lebih berhati dalam sesi soal siasat.. Sian dia muka cuak..
*Tapi hakikatnye..sy yg byk kena bahan..sampai hati akak n abgku..
ktorg dah pakat nk cakap bihun sup tu aku yg masak depan si dia..
tp ibuku slumber jer ckp depan dia "Bukan kak ana ker yg masak."
Damn mati kutu di situ..bru nk blagak..huh..

Selesai sesi di rumah sy.. Now turn di rumah dia..
hehehe.. jom pi Taiping..


Selamat Hari Raya...

Sy dan En.Abi

Muka excited terlepas ujian pertama..

Pou gebu dia..

Alhamdulilah..kedatangan sy di sambut baik oleh family dia..huhuh..
rugi la lau family dia tolak menantu gebu mcm sy..hahah..

*Balik siap tapau durian 1 bonet.. huhuh..durian batu kurau tu.. trima ksih fmly bakal mentua sy..hahah
Confident terlebih...




Demam Denggi - Jenis dan tanda-tanda yang perlu kita tahu

Assalammualaikum...


Tak sempat nak update entry seterusnya ttg aku & dia..hahaha
OK kali ni kita share sikit info tentang denggi..
baru2 ni kesayangan sy kena denggi..kesian..sampai lembik dia..

Our little Ironman demam... Ironman tu acu punya..ayah su yg bg..dia berkenan sgt..acu bg pinjam je yer... huhuh

Admit.. sian nye Muhammad Uwais Al-Qarni ni..




Budak ni demam2 pun.. dok ingat "Nak ayam goleng"...
tak pun.."Acu...nk KNG (KFC)"
*Pengsan....


OK jom layan sedikit info tentang Denggi...




Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan demam. Denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini.

Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim?

Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini.

Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik.

Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti?

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus:
  • demam;
  • hidung berair;
  • batuk;
  • ruam kulit yang ringan.

Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa:
  • demam panas;
  • sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi;
  • sakit kepala;
  • ruam kulit bertompok merah dan putih.

Ini mungkin diikuti dengan:
  • kurang selera makan;
  • loya;
  • muntah;
  • gatal di tapak kaki;
  • rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom tersebut?

Jika anak anda menghidapi demam panas yang tidak dapat diubati oleh ubat untuk beberapa hari, dan diikuti dengan ruam kulit atau sakit sendi, hubungi doktor dengan segera sebab rawatan perubatan boleh mengelakkan komplikasi. Oleh sebab simptom denggi dan demam chikungunya adalah seakan-akan sama, doktor anda akan membuat ujian darah untuk mengesahkan diagnosis.

Selalunya, rawatan diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom; ubat antiradang untuk sakit sendi dan ubat-ubatan lain untuk menurunkan suhu akan dipreskripsikan. Rehat yang banyak, makanan ringan dan berkhasiat, dan mengelap badan akan membuatkan anak anda berasa selesa.

Jangkitan denggi boleh berlarutan sehingga 10 hari tetapi jika terdapat komplikasi lain seperti pendarahan, mungkin anak anda perlu dimasukkan ke hospital. Pencegahan dan rawatan awal adalah penting sebab jika tidak dirawat, denggi boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan ginjal, konvulsi dan kematian bagi kes-kes teruk.

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti penyakit ini?

Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak anda ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut.

Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas dan lembap, jadi pastikan rumah anda dan kawasan sekitar anda bebas dari air bertakung yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya pada musim monsun apabila air hujan tidak dapat mengalir dengan baik. Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu.

Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik. Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati.

Langkah-langkah pencegahan lain termasuk:
  • Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan.
  • Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap.
  • Pasang jaringan nyamuk pada tingkap.
  • Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.
  • Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup.

Walaupun anak anda telah menghidap denggi, ini tidak bermakna ia mempunyai imuniti terhadap tiga virus denggi lain yang berkait rapat. Di samping itu, demam denggi berdarah (DHF), iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu, pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat.



Sekian..