Monday 14 March 2016

Happy Birthday En.Tunang Cinta Hati Beta...

Assalammualaikum...


Sannah Helwah Abi...

13/03/2016 ritu ialah besday En.Tunang saya...
Alhamdulilah..genap 23 tahun.. huhuhu..
Semoga Panjang umur..
Murah rezeki..
dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT..
Amin..

Bercita-cita nak pergi KL sambut besday dia..
tapi last minute company cakap nk hantar pi class..maka class pertama saya
bermula pada 12/3... terbantut smua plan.. huh!



Kesian abi saya... tapi tak pe la.. next year InsyaALLAH kita sambut berdua sebagai suami isteri.. Amin... hehehe..

Jom layan gambar besday boy di raikan di opis dia. huhuhu

Budak Empat Segi

RINDU....


Happy Birthday Abi...

~Tak Pernah Tak Sayang~




Thursday 10 March 2016

Sorry Seems To Be The Hardest Word

Assalammualikum...


OK.. harini skip lunch..xtau nk pi mana.. maka dok di opis saja laa...
sambil2 dapat idea lak nk mengomel..hehehe..


SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

Perkataan "SORRY" or "MAAF" mmg terlalu sukar nk ckap
tambah2 bila ego mengusai diri.. Dan saya antara makhluk yg EGO saya mengaku.. huhuhu
tapi dah tua2 dah..dah status pn berubah apakata kita turunkan sikit ego.. Mintak Maaf jika melakukan kesilapan or terlepas cakap..


Tak kisah la nk ego melangit mcm mana pn..sy kalau stakat kapel2 yg xde arah tuju ni sy tak bpe kisah sgt nk ego or xnk say sorry or tak pandai pujuk..sebab kapel je pun kn..
Tapi bg kes yg dah bertunang ni..yg nk menuju ke alam perkahwinan..
Soalan saya.. Rasional kah kalau nk ego? Tak nak mintak maaf? Tak pandai pujuk? walau sendri sedar salah siapa?? Rasional kah?

Bagi sy mmg tak rasional.. Sebab dalam tempoh tunang ni la nk buat persiapan diri sebelum menuju alam perkahwinan..Pernikah bukan semata CINTA,SAYANG.RINDU...
tapi give and take..apa saja kekurangan dan kelebihan pasangan.. Perlu ker nak ego??
patut ker bila salah tapi tak mau Mintak Maaf? Susah ker nak cakap?
bukan tuk sapa kan..tuk Bakal Bini kau jugak.. Hahaha..


Seeloknya.. dalam tempoh bertunang ni ubah la apa yg patut..sebab kahwin bukan untuk 2,3 tahun,
kalau belum ready nk korban kn smua rasa.. saya rasa baik tangguhkan niat tu.. Blaja la mintak maaf bila buat salah.. pujuk bila pasangan merajuk.. tak susah mna pun..Jangan tggu lepas khwin bru nk brubah..tkot tak menjadi lak..sebab apa? sebab dah terbiasa mcm ni sebelum nikah..
Memang ada org ckp..tak payah nk hormat tunang.. Tunang je bkn jadi suami.. tapi mereka tak sedar..bila dah terbiasa mcm tu sebelum kahwin..maka apa beza selepas kahwin??


Saya mengharapkan perkahwinan sekali jer tuk seumur hidup saya..
saya nak jadi yg terbaik buat bakal suami..dan sy pn mengharapkan bakal suami sy sanggup buat yg terbaik tuk masa depan dunia n akhirat. InsyaAllah.. dgn izin Allah..
dan kalau dah tertulis di Luh Mahfuz awak adalah jodoh saya,bakal imam saya,babah kepada zuriat saya,pelindung saya dan pemilik Syurga saya.. Saya akan jadi Bidadari Syurga awak.. Aminn...

Monday 7 March 2016

Zuriat bukan 100% jaminan kebahagian dunia dan akhirat ~ Noted to my self







Lihatlah dunia..
Walaupun anak itu lahirnya dari rahim perempuan, tak semestinya dia wajib melahirkan. Anak ni semua kurniaan Tuhan buat kita. Nikah tak semestinya terus mengandung. Kalau dah tak ada janganlah sampai berpisah ikatan..kesian isteri tertekan untuk melahirkan
Mungkin ego si suami rasa tercabar, seolah² dia tu lelaki tak berguna. Kawan² pun main peranan juga, janganlah laju sangat mulut tu nak bertanya. Eh ko nape tkde anak lagi? Tak power la. Tak hebat la. Bukankah yang Maha Berkuasa itu Allah? Kalau DIA tk mahu mmberi itu kerna DIA tak mahu beri, itu kehendak dan kuasaNya.
Kita siapa nak cabar manusia sana sini. org sekeliling mmg akan terus bertanya. Umpama anak itu sumber bahagia paling utama. Mmg anak penyeri rumahtangga namun berapa juta pasangan yang masih jua bercerai sungguh anak sudah berderet jumlahnya.
Masih nak kata anak itu punca bahagia? Allahurabbi. Yang beri bahagia itu Allah swt. Bukan manusia, bukan sape². Hanya Allah blh beri bahagia. Jika benar anak itu jaminan cinta kekal sampai ke Syurga, kenapa masih ada yang setia ke hujung nyawa walau tiada zuriat bersama?
Anak ini adalah ujian buat pasangan jua. Yang ada anak mampukah mendidik mereka melaksanakan perintahNya. Yang takde anak mampukah bersabar dengan penantian yang lama? Ini semua bahagian masing².
Ada anak kadang tak patuh perintah agama kelak menyusahkan kita di alam sana. Anak ini bkn sekadar darah daging sahaja. Anak barangkali blh jd anak angkat, anak saudara atau anak yatim yang kita perlihara tetap mendapat bahagian sedekah amal jariah buat kita.
Bagi yang blm punya anak bersabarlah. Allah nak tunjuk kekuasaanNya. Sengaja nak beritahu kita, redha itu sifat hamba yg bertaqwa. Sengaja nak tunjuk pada kita, yang punya kuasa mutlak adalah DIA sahaja.
Kita hanya perlu minta dan bersabar. Dia akan beri jika tdk di dunia kelak di akhirat sana dan lebih bahagia dri kehidupan yang pernah kita lalui.
Bagi yang blm punya zuriat, inilah peluang habiskan waktu bersama, beribadah bersama tanpa dignggu fokus menjaga bayi yang masih kecil. Jika ada, kita laksanakan tanggungjawab kita. Jika tiada, kita teruskan mengabdikan diri padaNya. Sedarlah Allah mahu kita lebih mesra dalam rmhtangga dan lbh sabar menempuhi ujianNya.
Bagi yang selalu bertanya, kami pun selalu berharap kepada Allah swt. Dah biasa dengan pertanyaan "bila nak ada anak ni?". Kami dah biasa dengan menjawab " InshaaAllah". Kami dah biasa dengan sindiran "tak suburlah". Kami dah biasa menjawab " Alhamdulillah, rezeki tetap pemberian Allah".
Tak apa, kami belajar redha walau rakan yang lain semua dah menimang cahaya mata. Bukankah sifat sabar itu mengajar erti seorang hamba? Soalan manusia adalah soalan biasa. Tuhan sebenarnya beri lebih banyak nikmat yang tak terduga dan tak terbalas oleh kita.
Kadang kata² bukan sekadar menyedapkan hati sahaja. Tapi mmg kebenarannya tiada nikmat yang mesti didustakan. Kurniaan Allah swt bkn hanya anak sahaja. Banyak lagi rezeki yang kami dapatkan yang barangkali mrk yg punya anak lansung tak berpeluang merasakan. Allah Maha Adil
Bertabahlah hati yang menanti kehadiran zuriat sendiri. Ini mmg kehendak manusia namun bg Allah sgt besar hikmah yang tersedia buat hmbaNya yang benar bertaqwa. Jangan kerana anak, kita mensia²kan pasangan hidup kita. Kelak nnt Allah tarik nikmat yang lain pula bagaimana.
Bersyukurlah apa adanya. Dan berusahalah setakat yang terdaya. Dan memintalah terus kepadaNya kerna tiada permintaan yang akan kembali dengan sia².
Wallahualam.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azabku sangat pedih”(TQS. Ibrohim:7)
Gambar : Sumber FB
Kredit : Sufiyyah Ramadhani